Saturday, May 30, 2009


Logo Kelab Rakan Muda Pensiangan
Batu Punggul Adalah Satu Tempat Tumpuan Para Pelancong di
Kawasan Parlimen Pensiangan


PROFIL RINGKAS DAERAH PENSIANGAN
LATAR BELAKANG DAERAH SEJARAH DAERAH SECARA RINGKAS
  • Kewujudan Nabawan Sebagai Salah Sebuah Daerah Di Pedalaman Bermula Dibawah Status Pejabat Daerah Kecil Pada Tahun 1920 Dimana Pusat Pentadbirannya Pada Masa Itu Berpusat Di Pensiangan Yang Dianggarkan Sejauh 114 Kilometer Daripada Nabawan (Pusat Pentadbiran Pada Masa Ini). Perhubungan Utama Ke Pensiangan Pada Masa Itu Ialah Melalui Sungai Dan Berjalan Kaki Manakala Pegawai Daerah Yang Bertugas Di Pensiangan Pada Masa Itu Dibekalkan Kuda Sebagai "Kenderaan" Untuk Berulang Alik Diantara Keningau (Pejabat Residen Pada Masa Itu) dan Pensiangan. Penolong Pegawai Daerah Yang Pertama Bertugas Di Pensiangan Ialah Mr. I.C. Peck.

  • Pusat Pentadbiran Daerah Ini Berpindah Ke Nabawan Pada Tahun 1974 Berikutan Dengan Penubuhan Skim Nabawan Yang Diwujudkan Khas Oleh Kerajaan USNO Untuk Menempatkan Orang-Orang Kampung Dan Para Petani Yang Mengamalkan Pertanian Pindah-Randah (Shifting Cultivation) Terutama Sekali Mereka Yang Tinggal Di Kawasan Pensiangan Pada Masa Itu Ke Satu Kawasan Yang Lengkap Dengan Kemudahan-Kemudahan Yang Diperlukan Dan Membolehkan Orang-Orang Kampung Ini Tinggal Menetap di Satu Kawasan.

  • Dengan Pemindahan Yang Dirancang Untuk Melibat Orang-Orang Yang Dipindah Ke Kawasan Skim Ini Dengan Kegiatan Pertanian Terancang Seperti Tanaman Pada Bermusim; Tanaman Kopi Dan Sebagainya Sebenarnya Gagal Mencapai Matlamatnya. Kawasan Skim Yang Diletakkan Di Bawah Tanggungjawab Kementerian Pertanian Dan Perikanan Masih Kekal Dengan Status Skim. Berdasarkan Sejarah Ringkas Tersebut Di atas Inilah Sebabnya Daerah Ini Satu Masa Dulu Lebih Dikenali Dengan Nama Pensiangan Sehinggalah Sekarang Ini Nama Pensiangan Masih Juga Digunakan Selepas Nabawan - Nabawan,Pensiangan, Majlis Daerah Masih Menggunakan Nama Daerah Pensiangan. Untuk Makluman Bahawa Mengikut Sejarah Bahawa Nama Pensiangan Adalah Merupakan Nama Daerah Ini Dan Nama Nabawan Adalah Yang Baru Berikutan Pemindahan Stesen Pentadbiran. Dan Kesimpulannya, Nabawan Adalah Pusat Pekan Dan Pentadbiran, Manakala Pensiangan Adalah Nama Daerah.


Penubuhan Kelab

NAMA


  • Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Rakan Muda Pensiangan, Sabah.


TEMPAT URUSAN

  • Tempat urusan Pertubuhan ini ialah di Pejabat Daerah Lama Nabawan, dan alamat surat menyurat kelab ialah;
  • Peti Surat 14, 89957 Nabawan Pensiangan, Sabah.



LAMBANG DAN LENCANA

  1. Logo Kelab Rakan Muda Pensiangan adalah berbentuk perisai yang melambangkan semangat dan daya ketahanan yang waja dan jitu dalam menangkis dan menghadapi arus pembangunan.
  2. Di dalam bentuk perisai tersebut terdapat bulatan besar dan dengan tulisan nama Pertubuhan ini iaitu Kelab Rakan Muda Pensiangan. Manakala di dalam bulatan besar , terdapat satu lagi bulatan kecil dengan lukisan batu punggul yang melambangkan sejarah masyarakat di kawasan Pensiangan.
  • Di dalam bentuk perisai diwarnai dengan pelabagai warna yang bercorak belang harimau. Maksud warna-warna yang digunakkan dalam logo ini adalah seperti berikut:
  • Warna Kuning keemasan -Melambangkan kesetiaan kepada pemimpin .
  • Warna Hitam - Melambangkan kualiti yang lebih efisien selaras dengan kehendak kerajaan.
  • Warna Biru Tua - Melambangkangkan hati yang suci, tulus dan ikhlas dalam menjalankan khidmat sebagai ahli kelab.
  • Warna Biru Laut - Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama di kalangan ahli kelab.



TUJUAN/MATLAMAT

  • Untuk menyatukan remaja yang berumur antara 15 hingga 25 tahun di kawasan P182 Pensiangan, Sabah.
  • Menerajui Sekretariat Rakan Muda serta menggerak, merancang, melaksana dan menilai Program Gaya Hidup Rakan Muda di kawasan Pensiangan.
  • Membangun kualiti insan selaras dengan prinsip Islam Hadhari.
  • Membentuk remaja cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.
  • Membantu Pejabat Belia dan Sukan dalam melaksanakan Gaya Hidup Rakan Muda di kawasan Pensiangan.
  • Menanam semangat kesetiaan kepada Negara.



KEAHLIAN

  • Terbuka kepada remaja yang berumur 15 hingga 25 tahun yang tinggal di kawasan Pensiangan, warganegara Malaysia tidak mengira jantina, bangsa, dan agama serta berminat dengan aktiviti Pertubuhan ini. Hanya ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke bawah mestilah mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga secara bertulis dan mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepda Setiausaha yang dikehendaki mengemukan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.



BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

  • Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah sepertiberikut:Bayaran Masuk RM5.00 (Lima ringgit sahaja).Yuran Bulanan tidak dikenakan.
  • Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulanakan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
  • Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  • Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  • Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.